fbpx
Now Reading
Murah Hati! Ustaz Ebit Lew Belanja Petugas Perubatan Makan KFC Dan Sumbang Aircond

Murah Hati! Ustaz Ebit Lew Belanja Petugas Perubatan Makan KFC Dan Sumbang Aircond

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B98KWl3FPMw/https://www.instagram.com/p/B96Y8fyl2wb/

Di musim penularan Covid-19 yang sedang mengganas di negara kita, pasti pasukan unit perubatan lah yang dilihat paling bertungkus-lumus dalam mengawal penularan virus maut ini.

Malah difahamkan mereka kini mengalami sedikit kekurangan kakitangan ekoran ada di antara mereka yang sudah dijangkiti virus maut tersebut seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada petang Jumaat.

Melihat usaha tanpa henti dan pengorbanan pasukan petugas perubatan ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil memberikan sumbangan berbentuk makanan KFC buat mereka.

Menerusi Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew memuat naik klip video yang memperlihatkan dia sedang membeli makanan dari rangkaian restoran makanan segera tersebut dan momen dia mengedarkannya kepada petugas di Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu ,pada hari khamis pendakwah terkenal itu turut menyumbangkan beberapa aircond portable buat para petugas di Hospital Ampang di samping memberi kata semangat buat mereka di sana

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.