fbpx
Now Reading
Kisah Allahyarham Mr Os Yang Ramai Orang Tak Tahu

Kisah Allahyarham Mr Os Yang Ramai Orang Tak Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10160639794829572

Disaat portal hiburan dan media sosial sarat dengan berita pertelingkahan pendapat di antara netizen dan artis mengenai bantuan khusus untuk golongan penggiat seni yang turut terjejas ekoran dari penularan wabak Covid-19, tular di media sosial mengenai kisah pelawak terkenal, Arwah Mr Os.

Namun agak berlainan dengan versi yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dimana cerita oleh seorang pengguna Facebook , Hafizul Hakim ini lebih kepada inspirasi untuk orang ramai

Menurut lelaki ini, arwah Mr Os atau nama betulnya Mohd Yusof Abdul Hamid seorang yang kuat bersedekah, malah dia tidak berkira sekiranya pelanggan yang menaiki teksinya kekurangan wang.

Ikuti perkongsian lelaki ini di bawah :

Kisah Allahyarham Os

1. Kalau orang yang naik teksi dia tak cukup duit, dia tak berkira sangat, dia menderma. Contoh kalau tambang teksi RM25, dia bagi diskaun RM5.

2. Bayangkan ada 20 orang naik teksinya dalam sehari. Tiap seorang tambang RM25, sebanyak RM5 daripada tambang itu dia sedekah. Dalam sehari jumlah dermanya boleh cecah RM100.

Ini dikongsikan sendiri oleh pendakwah bebas Ustaz Hanafiah Abdul Malek dalam salah satu siri ceramahnya. Biarpun hidup jadi seorang pemandu teksi, Allahyarham jaga amalan sedekahnya.

Allah bagi keberkatan. Berkat ni bukan tengok pada jumlah RM kita dapat, tapi keseluruhan kebaikan yang datang dalam hidup. Allahu.

Tambah pemuda itu lagi, berkat dari titik peluh memandu teksi di masa lapang juga puteri kepada pelawak terkenal itu berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir 

3.Anaknya, Dr. Syafiqah Hayra menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir berkat susah payahnya menjadi pemandu teksi.

4. Antara kata-kata yang paling ‘inspiring’ daripada Mr Os yang saya baca sebelum ini:

“Sejak saya jadi pemandu teksi, dapat hantar anak belajar kedoktoran di Mesir. Berapalah sangat pendapatan jadi pemandu teksi. Tekan RM3, dapat RM3.”

Tapi kalau kita redha dengan rezeki Allah beri, RM3 insha Allah jadi RM3,000. RM3,000 jadi RM300,000. Dan seterusnya berganda.”

5. Saya yakin anaknya dibesarkan dengan kasih sayang dan agama yang kuat. Apa kata anaknya membuatkan saya sebak.

“Saya berniat pahala sepanjang berkhidmat jadi doktor ini diberikan kepada ibu dan abah saya.”

Allahyarham Mr Os telah kembali ke rahmatullah pada 5 April 2016. Beliau seharusnya layak diletak sebaris dengan lagenda artis tanahair.

Walaupun pernah menang Maharaja Lawak bersama Abon tahun 2012, dia tetap teruskan jadi pemandu teksi. Hadiah kemenangan masa itu berjumlah RM350,000.

Teringat dengan pesan Allahyaram ayahanda saya ketika beliau masih hidup,

“Jangan malu kalau hidup terlihat miskin. Tapi malulah ketika kita pura-pura kaya.”

Semoga kisah hidup seniman Mr Os menjadi ikutan dan contoh artis-artis kita di Malaysia. Mari sama-sama kita sedekahkan pahala surah Al Fatihah kepada Allahyarham.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.”

AlFatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Selain Mr Os , dua lagi selebriti yang sering dikaitkan dengan sikap rajin beramal sedekah adalah pelawak Pakyus dan pelawak Abam.

Semoga kisah ketiga mereka menjadi inspirasi untuk semua tidak kira golongan artis atau pun sesiapa sahaja.

Buat para netizen jangan di caci maki semua penggiat seni, kerana ramai di antara mereka yang berdiri tanpa belas kasihan anda malah turut berbakti tanpa pernah diketahui masyarakat.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.