fbpx
Now Reading
Terkesan Lihat Pengorbanan Jururawat, Pereka Radzuan Radziwill Jahitkan Baju PPE Untuk Frontliners

Terkesan Lihat Pengorbanan Jururawat, Pereka Radzuan Radziwill Jahitkan Baju PPE Untuk Frontliners

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-VuDptJ5on/

Terkesan melihat kepayahan pasukan frontliners di hospital-hospital yang terpaksa menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) ekoran kekurangan bekalan, pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill tampil membantu menjahit PPE untuk kegunaan mereka.

Memetik Berita Harian, Radzuan yang bercadang menjahit dari 1000 – 2000 helai jubah berkenaan setakat ini sudah menjahit berjaya menyiapkan hampir 200 pasang untuk kegunaan para petugas perubatan.

“Sehingga kini, lebih 200 pasang sudah disiapkan dan saya mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.

“Material ini sama jenis yang digunakan petugas hospital iaitu bahan kalis air, seperti kertas dan plastik. Jadi setiap hari saya berhasil menyiapkan 50 pasang dengan jubah dibuat dalam pelbagai saiz dari S hingga XL.
 
“Sayu melihat jururawat yang terpaksa menjahit sendiri sedangkan mereka tidak cukup rehat, kepenatan dan tugas itu bukan sepatutnya mereka lakukan. Jadi apa salahnya, saya guna kemahiran dan kepakaran membantu mereka,” katanya kepada portal berkenaan

Tambah Radzuan dia sudah memulakan projek itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan bantuan seorang rakan doktor yang berkhidmat di Hospital Serdang.

“Rakan saya memberi maklumat mengenai ukuran, material dan maklumat pembekal.

“Saya juga berharap rakan pereka lain atau sesiapa saja dapat membantu menjahit PPE ini kerana saya difahamkan setiap hari di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh memerlukan 400 helai berikutan ia adalah pakai buang,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ketika ini tiada masalah membeli material berkaitan tetapi agak sukar mendapatkan getah berikutan banyak kedai barangan jahit tutup selain keterbatasan bergerak.

“Lagipun rekaannya ringkas dan tidak rumit hanya perlu pastikan material tidak terkoyak, jadi jika lebih ramai orang dapat menyumbangkan kemahiran dan kepakaran, lebih banyak hospital dapat kita bantu, apatah lagi tempoh PKP ini masih berbaki dua minggu,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.