fbpx
Now Reading
Netizen Puji Aishah Hasilkan 1,000 Face Shield Untuk Frontliners Seorang Diri

Netizen Puji Aishah Hasilkan 1,000 Face Shield Untuk Frontliners Seorang Diri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-zWuURpyjR/

Melihat kepada pengorbanan pasukan barisan hadapan yang dilihat tidak berhenti-henti mengerah tenaga dalam membasmi penularan wabak Covid-19 menyebaban ramai pihak termasuk golongan selebriti yang tampil menghulurkan bantuan buat mereka.

Buat pasukan keselamatan ramai yang menghulurkan sumbangan berupa makanan manakala pasukan kesihatan banyak menerima sumbangan berbentuk pakaian perlindungan diri (PPE)

Terbaru, penyanyi terkenal, Aishah turut tampil menyediakan face shield buat frontliners kita. Difahamkan Aishah yang melakukan segalanya bersendirian berjaya menyiapkan 1000 unit pelindung ini.

Menerusi Instagram, Aishah berkongsi hasil face shield yang telah disiapkannya buat tatapan orang ramai.

Dia turut berkongsi cara-cara menghasilkan ‘face shield’ sebegini dengan kualiti yang baik dan selamat serta cara untuk mendapatkan bahan-bahan bagi menghasilkannya di internet

Antara bahan yang digunakan dalam menghasilkan face shield

Perkongsian Aishah ini mendapat pujian orang pengikutnya, malah rata-rata berterima kasih dengan perkongsiannya.

Ramai juga yang turut menyatakan hasrat untuk membantu Aishah dalam menghasilkan lebih topeng muka ini untuk petugas barisan hadapan negara.

Antara face shield yang sudah berjaya disiapkan

“Good job sis” tulis seorang pengikutnya

“Terbaik kak @aishahjmm perkongsian yang bermanfaat…teruskan berkongsi…sangat bermanfaat tulis seorang lagi pengikutnya”

tonton video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.