fbpx
Now Reading
“Kita Semua Adalah Keluarga” -Ustaz Ebit Lew Santuni Warga Emas Berketurunan Cina Buat Netizen Sebak

“Kita Semua Adalah Keluarga” -Ustaz Ebit Lew Santuni Warga Emas Berketurunan Cina Buat Netizen Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Ebit Lew, pasti semua orang kenal bukan? Beliau antara pendakwah yang begitu rajin menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak tanpa mengira kerakyatan, agama dan bangsa.

Malah Ustaz Ebit Lewa atau nama betulnya Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Paudilihat begitu kuat bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dengan menghulurkan sumbangan bukan sahaja buat para petugas barisan hadapan malahan golongan rakyat yang memerlukan .

Namun baru-baru ini kisah nya menjadi perhatian banyak portal tempatan apabila beliau turun menyantuni warga emas berketurunan cina di sebuah kawasan berdekatan ibu kota.

Dalam masa beberapa hari sahaja, perkongsian beliau di Facebook telah mendapat 427,000 tanda suka dan 131,000 perkongsian semula

“Hari air mata. Tak boleh tahan air mata masuk kawasan chinese. Semua macam atuk nenek saya. Saya cina. Sebak bila ada ramai auntie menangis bila bagi duit belanja dan barang dapur.

“Mereka siap doakan dan beri ucapan yang buat saya sebak. Maafkan saya pakcik makcik semua baru hari ini saya datang ke sini. Sedih rasa.

Yang mengejutkannya adalah kebanyakan mereka tinggal bersendirian malahan ada mereka disana yang tiada bekalan air sebaliknya bergantung pada sumber air dari perigi.

“Tak sangka ramai yang saya jumpa kali ini semuanya tinggal seorang diri. Rumah pun teruk. Tak sangka sekitar kl ada rumah begini dan ada yang rumahnya tiada air. Pakai perigi lagi. Ada ramai uncle auntie cuma ada basikal. Sayunya hati.

“Ramai lagi saya akan pergi. Walau cuma dapat bawa sedikit kegembiraan pada mereka. Ada yang kejar saya bawa ic. Sedih. Pakcik makcik tak payah bagi saya ic. Semua boleh.

“Ada kerja toreh getah tapi dah tua tak sihat nak buat semua tu. Ada makcik umur dah 90 tahun duduk seorang diri. Dalam kereta tadi menangis jer rasa sebak. Jarang saya menangis begini. Betul-betul rasa insaf dan bersyukur.

LOVE

Hari air mata. Tak boleh tahan air mata masuk kawasan chinese. Semua macam atuk nenek saya. Saya cina. Sebak bila ada ramai auntie menangis bila bagi duit belanja dan barang dapur. Mereka siap doakan dan beri ucapan yang buat saya sebak. Maafkan saya pakcik makcik semua baru hari ini saya datang ke sini. Sedih rasa.Tak sangka ramai yang saya jumpa kali ini semuanya tinggal seorang diri. Rumah pun teruk. Tak sangka sekitar kl ada rumah begini dan ada yang rumahnya tiada air. Pakai perigi lagi. Ada ramai uncle auntie cuma ada basikal. Sayunya hati. Ramai lagi saya akan pergi. Walau cuma dapat bawa sedikit kegembiraan pada mereka. Ada yang kejar saya bawa ic. Sedih. Pakcik makcik tak payah bagi saya ic. Semua boleh.Tapi bersih jer semua rumah. Sayu rasa. Siap ada yang tiba-tiba ada yang tunduk sangat macam orang jepun. Cakap terima kaseh. Ulang kali mereka angguk-angguk terima kaseh. Saya ada janji beberapa orang untuk bantu rumah dan lain-lain. Terasa macam ziarah keluarga sendiri. Ada yang minta saya tolong cari anak-anaknya.Ada kerja toreh getah tapi dah tua tak sihat nak buat semua tu. Ada makcik umur dah 90 tahun duduk seorang diri. Dalam kereta tadi menangis jer rasa sebak. Jarang saya menangis begini. Betul-betul rasa insaf dan bersyukur.Terima kaseh ada abang Lechumanan dan Hock chinese tempatan dan Abang Azman dan kawan-kawan bersama team saya pertubuhan kasih Umat Malaysia. Terima kaseh semua sahabat team pertubuhan kasih umat Malaysia dan semua yang turut bersama dalam doa dan yang menyumbang bersama. Hanya Allah membalasnya semuanya. Kita semua sebuah keluarga. Orang-orang tua inilah asam garam dan kebaikan dalam dunia ini.Pertubuhan Kasih Umat Malaysiacimb 8603546376

Posted by Ebit Lew on Tuesday, April 14, 2020

Menerusi ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas usaha pendakwah itu yang berterusan membantu orang ramai tanpa mengira latar belakang mereka.

Yang menariknya juga perkara sebegini turut menyatukan seluruh rakyat Malaysia dimana kebanyakannya meluahkan perasaan bersyukur lahir di negara yang majmuk dan berbilang bangsa ini.

Buat anda yang ingin menghulurkan sumbangan orang ramai menerusi pendakwah muda ini, anda boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (CIMB: 8603546376 ) yang ditulis pada penghujung postnya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.