fbpx
Now Reading
“Syukur Dapat Balik Malaysia Untuk Berpuasa” – Soo Winci Terus Berpuasa Untuk Tahun Ke-9

“Syukur Dapat Balik Malaysia Untuk Berpuasa” – Soo Winci Terus Berpuasa Untuk Tahun Ke-9

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_Vnj1IhO_k/https://www.instagram.com/p/B_VnEvvlinj/

Meskipun ramai yang tidak mengetahui, tetapi ini adalah tahun ke kesembilan selebriti versatil, Dr Soo Winci berpuasa.

Meskipun bukan seorang muslim, Soo Winci yang juga Miss World Malaysia 2008 sentiasa menunggu ketibaan Ramadan untuk berpuasa bersama-sama kaum muslimin di Malaysia.

Menerusi Instagram, Soo Winci meluahkan rasa syukurnya kerana kini sudah berada di Malaysia selepas dua tahun berpuasa di tempat orang.

Malah dalam satu lagi entri di IG, Soo Wincci memuat naik jadual waktu imsak dan berbuka sepanjang ramadan bagi tempatnya

Perkongsian secara ringkas itu bagaimanapun menarik niat orang ramai apatah lagi, status beliau yang tidak diwajibkan untuk berpuasa namun berusaha melakukannya.

Rata-rata pengikutnya memberikan respons yang positif malah turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan bersahur kepadanya.

Yang menariknya ada juga di kalangan mereka yang memang menunggu kemaskini dari penyanyi itu setiap kali ramadan

Selamat berpuasa

Terdahulu Dr Soo Winci yang sudah mempunyai PHD bagaimanapun memilih melanjutkan pelajaran di universiti berprestij untuk bidang audio dan muzik iaitu Berklee College of Music dengan mengambil kursus Sarjana Muzik dalam Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi di kampus Berklee College of Music di Valencia, Spain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.