fbpx

Ini 8 Teknik Posing Untuk Nampak Kurus Semasa Bergambar

Wah! lepas ni dah tak perlu rasa nak menyorok lagi sebab saya dah confident depan kamera

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau korang perasan perempuan yang berbadan gempal akan menyorokkan dirinya di belakang agar tidak terlihat chubby di dalam gambar, bukan?

Tapi mereka sebenarnya bukan tak mahu bergambar seperti biasa, namun ada yang tidak berasa yakin ketika berada di hadapan kamera sahaja.

Dan siapa kata mereka yang mempunyai bentuk badan yang besar tidak boleh menangkap gambar dengan gaya yang menawan.

Jom ikuti teknik yang bakal kami kongsikan ini agar tampil lebih bergaya dan menawan. Tak perlu malu nak menyorok lepas ni!

Duduk tegak

Kredit: Nisacookie
  • Kalau korang duduk tegak nampak lebih kemas dan berkeyakinan.
  • Untuk dapatkan hasil yang cantik, korang boleh tahan nafas semasa bergambar supaya perut korang tidak terlihat berlapis.

Duduk mengiring

  • Bosankan kalau posingnya sama saja. Cuba korang duduk mengiring sedikit dan tegakkan badan korang sebab nak elakkan lemak jelas kelihatan di bahagian perut.
  • Korang juga boleh tolak sikit pinggang korang ke belakang supaya nampak menarik. Macam ala-ala model gitu!

Jangan rapatkan peha

  • Orang cakap kalau rapatkan peha, buatkan gambar korang macam penuh dan besar pada bahagian pinggul.
  • Cuba korang jarakkan sedikit dan berdiri tengah supaya lemak pinggul tak jelas kelihatan dan nampak ilusi kurus dekat situ.

Silangkan kaki ke sisi

  • Nak nampak kurus dan tinggi, pastikan korang silangkan kaki ke sisi tau.
  • Selepas itu, naikkan sedikit kaki agar pinggu nampak lebih jelas dan tangan memegang sisi pinggul. Barulah cun!

Posisi tangan

  • Yang mana tak nak lengannya nampak besar tu boleh letakkan di pinggang.
  • Jangan luruskan tangan sebab akan membuatkan lengan korang macam lemak berkumpul.

Jangan tunduk

Kredit: Cewek Banget.ID
  • Pandangan korang fokus ke depan dan tegakkan leher agar double chin tidak kelihatan. Kedudukan kamera juga perlu selari dengan paras mata supaya muka kelihatan kurus.

Posisi muka

Kredit: @firrrr_
  • Setiap orang ada angle yang tersendiri menurutnya cantik. Jadi, kenal pasti posisi mana yang membuatkan korang terlihat manis dan menawan serta paling menyerlah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.