fbpx
Now Reading
Siap Bergurau Masa Suap Makan, Pemuda Jaga Ibu Sakit Raih Pujian Netizen [Video]

Siap Bergurau Masa Suap Makan, Pemuda Jaga Ibu Sakit Raih Pujian Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video yang memperlihatkan gelagat seorang pemuda sedang menemani ibunya yang terlantar sakit di sebuah hospital.

Video tersebut nyata mendapat perhatian ramai kerana pemuda berkenaan dilihat begitu sopan dan lembut melayan ibunya malah sempat bergurau bersama.

Mula dikongsikan di laman Tiktok oleh seorang penggunanya Umie Qazrina , video berkenaan yang diambil secara senyap-senyap oleh Umie kemudian mula tular di laman media sosial yang lainnya.

Menerusi video berkenaan pemuda berkenaan juga dilihat menyuap makan ibunya yang tidak mampu untuk bangun sambil bergurau-gurau.

Jelas menurut wanita ini, dia begitu kagum dan terharu dengan cara layanan pemuda tersebut terhadap ibunya. tersebut malah dia turut mendoakan agar lelaki berkenaan dimurahkan rezeki.

Dia dalam masa sama turut mengambil kesempatan memohon maaf kerana merakam video secara sembunyi-sembunyi .

“Respect gila dekat abang ni.. “

“Maaf rakam senyap-senyap.

“Respect gila dekat abang ni yang jaga mak dia terlantar sakit .. Semoga abang ni dimurahkan rezeki selalu” tulis Qazrina di akaun Tiktoknya.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut meluahkan rasa sebak dan terharu mereka dengan cara pemuda tersebut dan menyifatkan dia sebagai seorang lelaki sejati.

Tonton video tersebut di bawah dan kami yakin anda juga pasti akan merasakan perkara yang sama seperti kami dan mereka yang lainnya.

@sajeeda83

Respect gila dekat abang ni yang jaga mak dia terlantar sakit .. Semoga abang ni dimurahkan rezeki selalu 🤲🏻🤲🏻 #hsnz #syurgamak

♬ original sound – ruwet👻🐣 – umi👻😬

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.