fbpx
Now Reading
PdPR : Ustaz Ebit Sumbang 100 Tab Untuk Pelajar Yang Memerlukan

PdPR : Ustaz Ebit Sumbang 100 Tab Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui situasi semasa jangkitan Covid-19 yang begitu membimbangkan memaksa Kementerian Pendidikan untuk menunda sesi persekolahan secara bersemuka dan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kaedah ini walaupun yang terbaik antara semua pilihan yang ada, sedikit sebanyak telah menimbulkan sedikit kesulitan kepada para pelajar yang tidak mempunyai peralatan atau gajet bagi tujuan tersebut.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi sesetengah mereka, pendakwah dan aktivis kesayangan rakyat Malaysia, Ustaz Ebit Lew semalam memaklumkan telah membeli 100 tablet yang akan disumbangkan kepada pelajar yang memerlukan.

Perkara tersebut dikongsikan ustaz Ebit menerusi satu perkongsian di akaun media sosial miliknya

“Pohon doakan ya. Baru beli 100 biji tablet (tab) untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online.

“Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ustaz Ebit.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata memuji usaha aktivis tersebut yang disifatkan ‘sentiasa ada’ untuk rakyat Malaysia.

Malah ada juga yang dilihat berkelayakan untuk memohon telah mencuba nasib mereka di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.