fbpx
Now Reading
“Semoga Esok Adik Dapat Bahagiakan Ibu” – Ustaz Ebit Lew Taja Pengajian Pelajar Cemerlang, Nurul Asma

“Semoga Esok Adik Dapat Bahagiakan Ibu” – Ustaz Ebit Lew Taja Pengajian Pelajar Cemerlang, Nurul Asma

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Aktivis dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memaklumkan akan menaja lebih RM40,000 kepada pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya Mohd Zainal bagi melanjutkan pengajiannya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit berkata, tajaan penuh untuk adik Asma dari Tumpat,Kelantan itu merangkumi pengajiannya selama dua tahun setengah termasuk penginapan.

“Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. ‘Ya Allah doa saya dikabulkan’

” Saya terbaca kisah adik ni pelajar MRSM Tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat cgpa 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).

“Saya akan taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April” kata pendakwah berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menghadiahkan sebuah komputer riba dan router siap dengan kemudahan internet wifi selama setahun secara percuma kepada adik Asma.

“Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini ” tulis beliau menerusi perkongsian tersebut.

Lebih mengharukan apabila beliau turut memuat naik nasihat dan berdoa agar Asma dapat membahagiankan ibunya dan membantu orang ramai diluar satu hari nanti.

“Semoga esok-esok adik dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yer” tulis beliau lagi.

Terdahulu media tempatan melaporkan kisah Nurul Asma, 22, yang terpaksa menolak tawaran melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang perakaunan kerana berdepan masalah kewangan.

Difahamkan dia tidak dapat menduduki peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) kerana tidak mampu mengeluarkan fi sebanyak RM800 selepas perniagaan kantin ibunya terpaksa ditutup ekoran PKP.

Lebih malang, bekas pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) dengan kelulusan 3.95 CGPA itu turut mengalami masalah ketiadaan beras dan lauk di rumahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.