fbpx
Now Reading
Guna Bahasa Isyarat Semasa Live di FB, Netizen Kagum Lihat Kegigihan Peniaga ‘Istimewa’ Ini

Guna Bahasa Isyarat Semasa Live di FB, Netizen Kagum Lihat Kegigihan Peniaga ‘Istimewa’ Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Bergelar seorang manusia, terdapat pelbagai jenis dugaan dan ujian hidup yang mungkin perlu kita hadapi.

Hadir dengan pelbagai bentuk, antaranya adalah dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dimana keadaan sebegini sedikit sebanyak pasti membataskan aktiviti kehidupan seharian.

Namun status ini bukanlah alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Ramai dari mereka sudahpun membuktikan yang mereka sebenarnya lebih gigih berbanding kita yang cukup segalanya.

Hal ini sama seperti sebuah perkongsian tular di laman Twitter dimana seorang pengguna dikenali sebagai Benjie telah berkongsi satu rakaman video seorang wanita yang dipercayai kelainan upaya (OKU) bisu gigih membuat jualan secara online di Facebook hanya dengan menggunakan bahasa isyarat.

Dia yang tersentuh dengan kegigihan wanita berkenaan turut  merasa rendah diri dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan wanita ini.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan jelas kelihatan tidak kekok semasa bersiaran langsung dan hasil carian kami mendapati wanita ini yang menggunakan akaun facebook bernama Zetty Sufiyyah sudah acap kali bersiaran langsung bagi mempromosikan barang jualannya.

Perkongsian tersebut membuatkan majoriti netizen tersentuh. Ramai yang dilihat meninggalkan komen positif selain memuji usaha wanita ini yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk meneroka peluang bisnes.

Buat anda yang berminat untuk menyokong atau mengikuti jualan Puan Zetty boleh lah ke follow akaun FB beliau iaitu, Zetty Suffiyah atau copy dan paste url ini https://www.facebook.com/zetty.sufiyyah/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.