fbpx
Now Reading
Tawar Rendang Untuk Orang Bujang Yang Tak Dapat Balik Raya, Wanita Ini Raih Pujian Netizen

Tawar Rendang Untuk Orang Bujang Yang Tak Dapat Balik Raya, Wanita Ini Raih Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan enam daerah di Negeri Selangor akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehinggalah selepas hari raya aidilfitri nanti.

Susulan itu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Umu Habibah telah bercadang untuk menggembirakan orang-orang bujang yang tidak dapat pulang beraya dengan menawarkan rendang dan lemang.

Menggunakan akaun Twitternya itu, dia kemudian membuat tawaran secara terbuka untuk menyediakan juadah raya khusus kepada orang bujang di daerah Gombak,Selangor yang tidak dapat pulang beraya.

Menurut Umu, projek ini telah diusahakannya sejak setahun lalu. Namun dia sama sekali tidak menyangka tawarannya untuk tahun ini mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dari orang ramai.

“Saya pernah buat project ni last year. Tapi dulu memang sikit la. Tak viral macam tahun ni. And last year saya boleh hantar sendiri sebab tak silap time tu kita semua tengah pkpb.”

Difahamkan rendang tersebut akan disediakan Umu sambil oleh ibu dan kakaknya manakala lemang pula akan dibeli.

Bagi proses penghantaran pula, Umu yang pada mulanya bercadang untuk menghantar juadah itu sendiri bagaimanapun disapa oleh seorang follower Twitter yang berbesar hati untuk membantunya melakukan penghantaran.

“Mula mula saya plan nak hantar. Tapi ada sorang follower twitter offer nak hantar kan. Jadi saya akan mintak tolong dia as rider. Sebab hantar pun area gombak sahaja sebab memang saya terhadkan daerah gombak since kita PKP”

Jelas Umu, dia membuat semua ini kerana dia sendiri pernah mengalami nasib yang sama pada tahun lepas dimana dia dan adik beradiknya tidak dapat pulang beraya. Selain daripada itu, Umu juga berniat untuk menggembirakan hati orang lain di hari raya.

“Honestly tahun lepas it came up random je. Sebab since saya pun tak boleh pegi mana mana. Ada kakak dengan abang saya tak boleh balik so raya memang duduk rumah. Jadi saya came up with this idea. Saya just nak buat orang happy sikit since kita tengah facing tough time sekarang.”

Selanjutnya, Umu meluahkan rasa teruja dengan sambutan yang sangat memberangsangkan dari orang ramai dan berharap akan dapat memberi lebih lagi pada masa akan datang.

“Im so excited! Tapi at the same time, kesian jugak sebab saya tolak ramai jugak request orang. Sebab ni project individual so i only have my family yang tolong. So kalau ramai sangat saya buat takot tak terkejar.”

“Plus, ada yang saya tolak tu bukan dari daerah gombak. Takot kalau jauh sangat ada yang tertumpah rendang ke kan. Jadi saya tak berani. Maybe in the future saya boleh plan betol betol untuk ni. This year i just tolong area sini dulu.”

Foto: Twitter

Umu juga berharap agar semua masyarakat akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan masing-masing perlu saling membantu bagi melawan wabak Covid-19.

“Saya harap everyone tak kira setiap lapisan masyarakat akan stay safe and follow sop yang ditetapkan. Yes, we are facing tough time for the past two years but In shaa Allah we have each other. Please support each other mentally and physically so that kita boleh lawan wabak ni.” katanya kepada BuzzKini.

Difahamkan dia sudahpun menutup tawaran tersebut memandangkan kuotanya sudah mencukupi.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan satu inspirasi kepada orang ramai diluar sana untuk lebih banyak melakukan amal kebaikan di masa akan datang. Bak kata pepatah “tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.