fbpx
Now Reading
Korban Diri Demi Isteri & Anak, Wanita Cerita Pengorbanan Arwah Suami Buat Netizen Sebak

Korban Diri Demi Isteri & Anak, Wanita Cerita Pengorbanan Arwah Suami Buat Netizen Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu semuanya berada di tangan Tuhan. Memang tiada siapa pun yang akan tahu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah dugaan besar yang dialami wanita ini apabila suami tercinta pergi dijemput ilahi setelah lama terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya.

Kehilangan suami

Menurut perkongsian video seorang wanita bernama @najwakarim96 di TikTok, dia menceritakan tentang kisah sedih setelah kehilangan suami yang tercinta.

Menerusi paparan video, wanita yang dikenali sebagai Najwa itu menceritakan bahawa dia dan suaminya telah terbabit dalam satu kemalangan yang menyebabkan suaminya mengalami kecederaan teruk dan terlantar sakit.

Difahamkan sewaktu kemalangan itu berlaku, dia sedang sarat mengandung selama lapan bulan. 

Foto: TikTok

Berkorban menyelamatkan isteri & anak

Lebih memilukan, suaminya berkorban untuk menyelamatkan dirinya dari dilanggar kereta semasa kemalangan itu. Semasa suaminya dirawat di dalam ICU, Najwa juga telah melahirkan anaknya melalui proses pembedahan.

Wanita cekal ini juga telah menguruskan suaminya selepas habis berpantang sehingga lah suaminya menghembuskan nafas terakhir.

Foto: TikTok

Najwa turut memberitahu suaminya hanya mampu membuka mata sepanjang terlantar sakit. Malah, dia turut menganggap menjaga suaminya ketika itu adalah satu rezeki buatnya.

Namun, takdir menentukan suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 13 Disember 2019 dan meninggalkan Najwa bersama tiga lagi anaknya yang lain.

Foto: TikTok
Foto: TikTok
@najwakarim96

Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. In shaa Allah di syurga dia menanti. ##mamamuda ##fyp

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video perkongsian tersebut dan mendoakan agar Najwa dan anak-anaknya terus tabah dan cekal menjalani hidup.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.