fbpx
Now Reading
“Tak Perlulah Hina”- Netizen Kesal Keluarga Berwajah Unik Disamakan Dengan Katak

“Tak Perlulah Hina”- Netizen Kesal Keluarga Berwajah Unik Disamakan Dengan Katak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun sudah di tahun 2021, masih terdapat segelintir masyarakat yang menganggap perbuatan ‘faceshaming’ dan ‘body shaming’ itu merupakan sesuatu perkara yang lucu.

Kadangkala, mereka yang mengutuk atau mengejek fizikal orang lain ini tidak memikirkan impak tersebut kepada orang lain.

Tak ada common sense

Malah, mereka ini bertindak seperti tidak mempunyai ‘common sense’ dengan menganggap mempersendakan kelemahan fizikal seseorang itu sebagai bahan jenaka atau seperti satu perkara yang biasa.

Begitulah yang dialami oleh sebuah keluarga  ini yang viral di TikTok kerana memiliki wajah yang unik.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @aishaa, dia menunjukkan sebuah video yang memaparkan satu keluarga membuat Youtube Live.

Menghidap penyakit Treachers Collins

Difahamkan, keluarga tersebut yang berasal dari Indonesia itu menghidap satu penyakit genetik yang dinamakan Treachers Collins.

Penyakit tersebut merupakan satu penyakit yang  disebabkan oleh gangguan genetik sehingga mempengaruhi tulang dan jaringan lain pada wajah.

@aishaandn

Please … support them 🥺

♬ dandelions – gabut woi
P
Foto: TikTok

Menghina ciptaan Tuhan

Namun begitu, di ruangan komen berkenaan masih terdapat sesetengah warganet yang tidak bermoral melakukan face shaming terhadap mereka dengan meninggalkan komen berbaur hinaan seperti emoji katak kepada keluarga tersebut.

Hal ini sangatlah dikesali kerana setiap manusia yang telah diciptakan Tuhan itu sudah cukup baik dan tiada sesiapa pun yang berhak untuk menilai seseorang dari segi paras rupa, terutamanya warganet yang tidak mengenali keluarga tersebut secara peribadi.

Tonton dan sokong video keluarga tersebut di bawah :

@suryamanurun9

tonton video kami di YouTube, @mardiahmanurung2 @yunimanurung1996 @tiurmanurung03 @bams_marpaung

♬ suara asli – Surya Manurung

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.