fbpx
Now Reading
Wow! CU, Kedai Serbaneka Popular Korea Telah Dibuka Di Malaysia

Wow! CU, Kedai Serbaneka Popular Korea Telah Dibuka Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bagi peminat drama Korea atau mereka yang berkesempatan menjejakkan kaki ke Korea sebelum pandemik mesti perasan sebuah kedai serbaneka yang popular disana iaitu CU store.

Berita baik untuk semua peminat makanan Korea. Kedai serbaneka nombor satu Korea Selatan itu telah membuka cawangan pertamanya di Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya pada hari ini.

Ia bukan sahaja cawangan pertama di Malaysia, malah ia juga merupakan yang pertama dibuka di Asia Tenggara. Wah menarik kan!

Kalau di Korea Selatan, kedai serbaneka CU ini dikatakan dah ada lebih kurang 15, 000 cawangan! Wow, banyak kan! Sudah tentu memang ramai yang meminati kedai ini.

Kalau dulu anda hanya menonton menu dan citarasa mereka di dalam skrin, tetapi kini anda juga boleh menikmatinya. Antara hidangan yang autentik Korea yang boleh didapati di sini ialah variasi makanan jalanan seperti  Odeng (Kek ikan), Tteokbokki, Dakgangjeong (Ayam Goreng), Corn Sausage, Shin Ramyun, Bingsu dan banyak lagi.

Kedai serbaneka CU turut membawakan pelbagai minuman dan snek yang yang dimport terus dari Korea Selatan. Terdapat juga produk kosmetik dan kecantikan serta keperluan harian yang akan dipasarkan.

Bagi pelanggan yang beragama Islam juga tidak perlu risau akan status halal kerana CU adalah premis yang mesra Muslim. Semua makanan segar di sini akan diambil dari pusat pemprosesan makanan yang mempunyai sijil Halal.

Jadi, apa tunggu lagi? Untuk yang berada berdekatan itu marilah singgah ke CU store di Centrepoint, Bandar Utama untuk merasai pelbagai makanan Korea yang menarik. As the saying goes, if you cannot travel to Korea, let CU bring Korea to you!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.