fbpx
Now Reading
Taco Bell Akhirnya Dibuka Di Malaysia, Jom Tengok Menu Yang Patut Dicuba

Taco Bell Akhirnya Dibuka Di Malaysia, Jom Tengok Menu Yang Patut Dicuba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia sentiasa teruja untuk mencuba makanan baru terutama makanan yang sedang tular dari semasa ke semasa. Terdapat banyak makanan yang pernah  menjadi viral seperti maggi ramen, pisang goreng cheese, minuman boba, dalgona dan banyak lagi.

Oleh itu, setelah penantian selama berbulan-bulan, restoran fast food yang selalu muncul dalam filem-filem Hollywood, Taco Bell akhirnya akan dilancarkan di Cyberjaya, Malaysia pada hari ini, 2 April.

Difahamkan Taco Bell juga merancang untuk membuka operasi mereka di negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Laos.

Sejak restoran ini diperkenalkan pada tahun 1962, Taco Bell sudah pun mempunyai lebih daripada 7,000 cawangan di Amerika Syarikat.

Foto: SoyaCincau

Taco Bell combo set berharga antara RM13.90 hingga RM15.90 yang merangkumi minuman ringan dan pilihan kerepek Nacho atau kentang goreng Mexico. Mereka juga menawarkan 6 sos berbeza yang berharga RM1.80 setiap satu. Antara sos yang disediakan ialah Pico De Gallo Salsa, Nacho Cheese, Sour Cream, Avocado Guacamole, Kickin ‘Sauce dan Sambal.

Menu utama yang anda patut cuba ialah Taco Supreme iaitu taco yang didatangi dengan kulit roti tortilla yang rangup atau roti tortilla lembut. Taco Supreme berharga  RM15.90 untuk kombo, manakala RM9.90 untuk ala-carte. Ia dilengkapi dengan daging lembu dan anda boleh memilih pilihan ayam dengan Taco Ayam Kickin yang berharga RM15.90 untuk kombo dan RM12.50 untuk ala carte. Untuk semua menu hidangan, anda boleh menukar protein ke Grilled Chicken, Ground Chicken atau Ground Beef.

Bagi peminat keju pula, Taco Bell turut menyediakan Chicken Quesadilla yang berharga RM13. 90 untuk kombo dan RM10.50 untuk ala carte. Selain itu  terdapat juga Loaded Nachos  yang sesuai untuk perkongsian bagi dua atau tiga orang yang boleh didapati dengan harga RM15.90 sahaja. Loaded Nachos ini disajikan dengan krim masam dan dihidangi ‘guacamole’ di bahagian atasnya. Wah dengar pun sudah terasa keenakannya!

Bagi pencinta manisan pula, Taco Bell juga menawarkan dua hidangan manis sebagai dessert. Terdapat Chocodilla dan Cinnamon Twists yang boleh didapati dengan harga serendah RM3.90 sahaja.

Jadi, ayuh semua yang berada berdekatan untuk menjejakkan kaki ke Taco Bell Malaysia. Confirm tak rugi mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.