Satu kejadian baru-baru ini di Abu Dhabi telah mendorong Jawaher Saif Kumaiti menggunakan jubah untuk memadamkan api dan menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang terbakar selepas kenderaan dinaiki kemalangan.
Jawaher, 22, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melawat rakannya di hospital dan dia ternampak dua trak terbakar dan mendengar jeritan mangsa menjerit meminta tolong.
Mangsa Harkirit Singh, berjaya keluar dari kenderaan terbakar itu malangnya bajunya dijilat api.
Jawaher yang melihat kejadian dengan pantas meminta rakannya membuka jubah dipakai bagi membantu memadamkan api.
Jawaher menceritakan yang beliau terkejut melihat dua trak terbakar dan ternampak seorang lelaki menjerit meminta tolong lantas meminta jubah rakannya yang menumpang kereta dan segera membantu pemandu trak itu memadamkan api. Beliau menenangkannya dan memberitahu dia akan selamat kerana pasukan keselamatan akan tiba tidak lama lagi.
Sumber: zayan.my
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…