Zakar Dijangkiti Parasit Selepas Beronani Guna Perut Ikan

Gara-gara cuba memuaskan nafsu menggunakan isi perut ikan, seorang lelaki terpaksa merana apabila menerima jangkitan parasit pada zakarnya.

Menurut laporan Mirror, lelaki warga Jepun itu mendakwa dia menderita akibat jangkitan pundi kencing yang amat menyakitkan selepas perbuatan seks “solo” itu, walaupun telah membersihkan organ ikan mentah itu berkali-kali.

Pengalamannya itu dimuat naik lelaki itu di papan buletin atas talian popular Jepun, 2channel atau lebih dikenali sebagai ‘2ch’, termasuk gambar yang dimuat naiknya menunjukkan isi perut ikan itu yang dipakainya seperti sarung tangan.

Ikan yang digunakan adalah jenis Ikan Pemancing atau Anglerfish yang merupakan ikan pemangsa yang ditemui di laut dalam.

Tanpa mendedahkan identitinya, lelaki itu mendakwa tindakannya itu didorong oleh rasa ingin tahu bagaimana beronani menggunakan isi perut ikan.

Dia menceritakan bagaimana dia membasmi kuman menggunakan garam dan etanol, selain mengulangi proses itu sebanyak lima kali untuk menyahkuman organ ikan berkenaan.

Bagaimanapun, dalam status selanjutnya, dia menjelaskan dia kemudian mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian kemaluannya dan segera mendapatkan rawatan di hospital.

Doktor mendiagnosis lelaki tersebut dengan urethritis atau keradangan pada saluran pundi kencingnya sebelum memberikan rawatan antibiotik untuk melawan jangkitan parasit.

Ikan anglerfish atau lebih dikenali dengan gelaran Iblis Laut Hitam mempunyai ‘antena’ di kepalanya yang berbentuk seperti joran pancing dan bola bercahaya di hujungnya.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

19 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

19 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

19 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

21 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago