fbpx
Now Reading
Izreen Azminda Tidak Bermadu Lagi

Izreen Azminda Tidak Bermadu Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah episod kontroversi kahwin secara senyap, hari ini suami Izreen AmindaUde Wahid membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana. Pemuzik itu telah melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur sebentar tadi pada jam 2.30 petang.

Bagaimanapun isteri kedua, Izreen enggan memberikan komen lanjut mengenai perpisahan suaminya itu kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan. Jelasnya lagi, beliau juga tidak pernah mencampuri urusan pasangan itu.

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua”

“Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini Izreen dikecam hebat apabila mengahwini pemuzik itu secara senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Lebih mencetuskan kemarahan orang apabila rumah tangga Ude dan Inta berentakan sejak mengahwini Izreen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.