Syukur Masih Dapat Melihat

Pelakon terkenal Liza Abdullah reda penglihatannya sedikit terjejas ekoran terkena jangkitan sejak seminggu lalu sehingga menyebabkan mata kanannya tidak boleh dibuka akibat bengkak.

Liza, 53, berkata, doktor memberitahu kornea mata kanannya semakin menipis selain terdapat kebocoran dan nanah yang mengakibatkan penglihatannya terjejas.

“Apabila doktor beritahu keadaan sebenar memang saya rasa takut tambahan pula keadaan mata saya yang tidak boleh dibuka selain merasa sakit sehingga menyebabkan kepala jadi berat.

“Jika saya lambat mendapatkan rawatan kerosakan itu mungkin lebih teruk. Alhamdulillah selepas doktor membuat rawatan meletak gam pada kornea, saya beransur pulih.

“Cuma kesannya penglihatan saya sedikit terganggu tetapi saya tetap bersyukur kerana masih dapat melihat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Liza terdahulu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Februari selepas seminggu mengalami sakit mata sebelum dibenarkan pulang pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Liza berkata, kerosakan pada kornea matanya mungkin disebabkan tabiatnya menggunakan ubat titik mata selain penggunaan kanta lekap untuk tempoh panjang.

“Bekerja sebagai pelakon memang selalunya tidak cukup rehat dan mulalah mata bertukar merah. Cara paling mudah untuk menghilangkannya adalah menggunakan ubat titik mata.

“Kanta lekap juga mungkin punca tetapi saya rasa itu bukan sebab utama kerana jangkitan yang berlaku hanya pada mata kanan.

“Apa pun puncanya ia jadi iktibar kepada saya untuk lebih peka dan berhati-hati dalam penggunaan ubat titik mata atau kanta lekap pada masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Liza mengakui, kedegilannya berjumpa dengan pakar menyebabkan keadaannya bertambah teruk walaupun hampir seminggu matanya sakit.

Jelasnya, dia bukan tidak mementingkan kesihatan sebaliknya komitmen terhadap penggambaran drama dan iklan yang dijayakan membuatkan dia menangguhkan niat berjumpa doktor.

“Saya ada pergi ke klinik untuk ambil ubat tetapi doktor marah saya kerana keadaan mata sudah teruk dan minta saya pergi jumpa pakar.

“Tetapi saya berdegil kerana fikiran saya memikirkan tentang penggambaran yang sedang berjalan dan tidak boleh meninggalkannya begitu sahaja.

“Nasib baik belum terlewat dan Alhamdulillah sekarang saya berehat di rumah dan pihak produksi pun memahami situasi yang saya alami sekarang,” katanya.

Malah kata Liza, dia terharu dan rasa disayangi apabila ramai menelefon dan meninggalkan mesej agar dia kembali sembuh secepat mungkin.

“Dalam ditimpa dugaan tetapi tetap ada manisnya apabila ramai mendoakan agar saya kembali sihat sampai saya tidak terbalas setiap mesej dihantar.

“Saya bersyukur sangat kerana ramai prihatin dengan keadaan saya dan doakan saya cepat sembuh,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago