fbpx
Now Reading
Minyak Dagu Senjata Rahsia Warga Asing Pikat Wanita

Minyak Dagu Senjata Rahsia Warga Asing Pikat Wanita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Untuk pengetahuan anda, minyak dagu merupakan minyak mayat wanita mengandung yang mati kejam seperti dibunuh, bunuh diri atau mati beranak

Minyak ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan ingin mendapatkan seseorang tanpa usahanya sendiri. Penggunaan minyak dagu ini juga merupakan jalan jahat dan mudah jika seseorang itu sudah memiliki pasangan.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Shahrul, 28 telah berkongsi pengalamannya setelah mendapat tahu seorang lelaki warganegara Bangladesh telah menyalitkan minyak dagu ini kepada isterinya. Mereka dikatakan bekerja di tempat yang sama iaitu di sebuah kilang.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, lelaki Bangladesh itu ditumbuk oleh Shahrul yang merupakan seorang kakitangan penyelenggara kerana didakwa atas cubaan menggunakan minyak calit pengasih atau lebih dikenali sebagai minyak dagu untuk memikat isterinya.

Ketika kejadian itu, warga asing yang berumur 40-an itu didakwa telah menyentuh tangan wanita itu beberapa kali di tempat kerja iaitu sebuah kilang di Bukit Beruntung.

Kata Shahrul, isterinya baru sahaja mula bekerja di kilang itu sebagai penyelia sebulan yang lepas. Beliau juga pernah mengadu bahawa warga asing terbabit bertindak menyapu minyak yang pelik di tangannya.

Namun, aduan isterinya itu tidak diendahkan oleh Shahrul kerana baginya perkara itu mungkin dilakukan dengan tidak sengaja.

Shahrul terpaksa membawa isterinya pergi berubat untuk membetulkan keadaan. Risau jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Shahrul juga menyuarakan ketidakpuashatian dengan perkara yang telah berlaku.

Katanya, “Bangla sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri orang, calit minyak dagu di isteri orang. Mujur saya sedar awal sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk. Kali pertama dan kedua saya masih bersabar, namun kali ketiga calit, saya memang hilang kesabaran.”

Kejadian ini juga telah berlaku di tempat kerja dan telah dirakam oleh Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang ada di tempat itu

Menurut Shahrul lagi, perkara seperti ini harus dijadikan ikhtibar untuk semua wanita untuk lebih berhati-hati. Beliau juga mengatakan tidak hairanlah kenapa ramai wanita tempatan mengikut lelaki warga asing, ini rupanya rahsia hitam mereka.

Beliau juga menjelaskan bahawa tiada niat untuk berlaku kejam terhadap sesiapa, hanya sekadar pengajaran untuk saling mengingati dan berhati-hati agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Laporan polis juga telah dibuat oleh Shahrul dan pihak kilang berkenaan untuk siasatan lebih lanjut mengenai kes ini

Shahrul juga mengatakan beliau tidak takut dan akan sedia dihukum jika didakwa sengaja mereka-reka cerita. Beliau juga telah menyerahkan segala bahan bukti kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Sumber : Seismik , Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.