fbpx
Now Reading
Akibat Biar Anak Pakai Alat Solek Murah, Bibir Melepuh dan Ruam Seluruh Badan

Akibat Biar Anak Pakai Alat Solek Murah, Bibir Melepuh dan Ruam Seluruh Badan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ibu di Illinois, Amerika Syarikat (AS) berkongsi gambar anak perempuannya berusia tiga tahun dengan kesan muka yang bengkak dan kemerahan selepas didakwa memakai alat solek murah.

Kylie Cravens berharap dengan memaparkan ‘kesengsaraan’ yang dihadapi anaknya itu di laman sosial dapat memberi peringatan kepada ibu bapa lain mengenai bahaya kosmetik kanak-kanak.

Katanya, dia yang membeli set alat solek murah itu beranggapan ia tidak berbahaya.

Bagaimanapun, anaknya Lydia mengalami reaksi alahan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital, selepas bermain menggunakan kosmetik itu.

Kylie memberitahu mata anaknya bengkak dan lepuh, selain mengalami ruam di seluruh badan.

Dia yang berasal dari Georgetown, Illinois itu turut memberitahu bahawa anaknya tidak dapat makan selama beberapa hari kerana bibir kanak-kanak berkenaan melecit dan luka.

Kylie berkata: Saya berasa adalah sangat penting untuk mengingatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap apa yang anak kita pakai.

“Kami membeli set alat solek kira-kira lapan hari lalu dan anggap ia tidak berbahaya. Kami tak pernah bayangkan keadaan buruk berlaku pada anak kami.

“Terdapat enam bahan kimia yang berbeza dalam alat solek itu yang boleh mengakibatkan alahan.

“Malangnya, Lydia merupakan salah seorang mangsa yang terpaksa melalui beberapa alahan sehingga terlantar di hospital,” katanya. – Mirror UK

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.