fbpx
Now Reading
Gadis Diserang ‘Orang Minyak’

Gadis Diserang ‘Orang Minyak’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penduduk kampung di Pengkalan Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu dihimpit kebimbangan dengan kehadiran ‘orang minyak’ yang menganggu mereka sejak sebulan lalu.

Kejadian terbaru berlaku pada 9 pagi hari apabila remaja perempuan, 17, mendakwa diganggu ‘lembaga’ itu ketika sedang menyidai pakaian di belakang rumahnya.

Remaja itu mendakwa dicekik di leher, diikat dengan tali di bahagian kaki, tangan dan perut selain terdapat kesan minyak hitam di leher dan kaki mangsa.

Mangsa berkata, dia ditarik oleh seseorang dari arah belakang dan dibawa ke ruang tamu rumah ketika sedang menyidai pakaian.

“Saya bagaikan dipukau dan ditarik individu yang tidak dikenali itu ke ruang tamu. Saya hanya tersedar selepas dicekik di leher manakala kaki, tangan dan perut diikat dengan tali.

“Akibat itu, saya menjadi sesak nafas berikutan jerutan kuat tali di bahagian perut dan hanya mampu menangis serta menjerit meminta tolong sebelum kelibat itu melarikan diri menerusi tingkap dapur,” katanya.

Menurutnya, jirannya datang membuka ikatan dan menghubungi bapa serta adik lelakinya yang sedang bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran rumah.

Sementara itu, bapa mangsa, 44, berkata rumahnya diganggu oleh orang minyak sejak sebulan lalu.

“Kami penduduk kampung berjaga, mengepung dan melakukan solat hajat, namun orang minyak ini tetap menganggu.

“Sebanyak empat rumah di kampung ini menjadi mangsa balingan batu hingga menyebabkan cermin tingkap pecah. Ada penduduk melihat kelibat orang minyak, namun usaha menangkapnya tidak berjaya,” katanya.

Difahamkan, bapa mangsa sudah membuat laporan kejadian di Balai Polis Kubang Kerian, tengah hari ini.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.