fbpx
Now Reading
Tukar Tarikh Penerbangan Air Asia Tanpa Caj Sempena PRU-14

Tukar Tarikh Penerbangan Air Asia Tanpa Caj Sempena PRU-14

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengecualian caj penukaran penerbangan untuk tempahan pada 9 Mei diumumkan oleh syarikat penerbangan tambang murah AirAsia untuk memastikan pelan perjalanan anda tidak terganggu. Tawaran ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja dan mesti dilakukan dalam masa 10 hari dari pengumuman tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

AirAsia memberi 2 pilihan tawaran iaitu menukar penerbangan tanpa caj penukaran penerbangan atau akaun kredit iaitu mengekalkan nilai tambang dalam akaun ahli AirAsia BIG untuk perjalanan masa akan datang dalam masa 90 hari bermula dari tarikh dikreditkan.

Para penumpang yang ingin menukar tarikh penerbangan atau menerima akaun kredit dikehendaki untuk mengisi e-borang di laman web Khidmat Sokongan Pelanggan AirAsia dan klik pada ’emel kami’ di tab sebelah kanan.

Pilih ‘Pertanyaan/Permintaan’ di bawah kategori Jenis Maklum Balas dan isi e-borang seperti berikut. Perlu diingatkan bahawa pilihan penukaran harus dinyatakan pada subjek “GE14 – Tukaran Penerbangan” atau “GE14 – Akaun Kredit”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.