fbpx
Now Reading
Boleh Sewa Kalau Mahu Nampak Kaya

Boleh Sewa Kalau Mahu Nampak Kaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah syarikat di Thailand menawarkan perkhidmatan menyewa wang dan barangan kemas sebagai hantaran kepada pasangan pengantin yang miskin tetapi mahu menunjuk-nunjuk ketika majlis perkahwinan mereka.

Syarikat perunding acara, Romantiese yang berpangkalan di Chiang Mai menawarkan perkhidmatan itu sejak tiga bulan lalu tetapi sambutan yang diterima sangat luar biasa.

Bagi masyarakat di Thailand, hantaran atau dikenali sebagai sin sod diberi pihak lelaki sebagai tanda menghargai ibu bapa yang membesarkan pengantin perempuan dan sebagai bukti pengantin lelaki mampu menyara keluarga.

Hantaran yang terdiri daripada wang tunai dan barangan kemas biasanya dipamerkan pada majlis perkahwinan untuk menunjukkan status pengantin lelaki.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mampu memberi wang hantaran yang tinggi dan Romantiese mengambil kesempatan daripada situasi itu bagi menjaga air muka pengantin lelaki.

Menurut laporan Coconuts Bangkok, Romantiese menawarkan perkhidmatan menyewa wang tunai, bar emas dan kereta mewah kepada bakal pengantin.

Syarikat itu mengenakan bayaran 35,000 baht (RM4,353) untuk pakej wang tunai berjumlah 500,000 baht (RM62,188) dan sebuah kereta mewah Mercedes dipamerkan sebagai hantaran ketika majlis perkahwinan.

Pemilik Romantiese, Tawan Supanontakorn, 31, dan isterinya, Kangkai, 28, memberitahu, perkhidmatan itu diinspirasikan daripada pengalaman perkahwinan mereka sendiri.

“Ketika kami berkahwin lima tahun lalu, kami berharap untuk menyediakan emas dan wang tunai bagi menghargai keluarga kami tetapi pada waktu itu kami tidak mampu berbuat demikian.

“Kami berharap dengan perkhidmatan ini dapat membantu menjadikan majlis perkahwinan pelanggan kami menjadi hari yang indah dan sempurna,” katanya. – Agensi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.