fbpx
Now Reading
Cubaan Wanita Bunuh Diri Gagal

Cubaan Wanita Bunuh Diri Gagal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=SDoV5vNf-DQ"]

Seorang anggota polis bantuan sanggup menggadai nyawa terjun hampir 20 meter bagi menyelamatkan seorang wanita yang cuba membunuh diri dari Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.05 pagi tadi, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan meletakkan kenderaan yang dipandunya di bahu kiri jalan di Kilometer 9.9 jambatan terbabit sebelum terjun ke laut.

Bagaimanapun, perbuatannya disedari seorang polis bantuan yang sedang membuat kerja-kerja rondaan di atas jambatan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad, berkata mangsa berjaya diselamatkan anggota polis bantuan itu yang nekad terjun sekali bagi menyelamatkan mangsa walaupun tidak mempunyai jaket keselamatan.

Menurutnya, sebaik diselamatkan, mangsa dibawa ke Jeti Batu Musang dekat Batu Kawan dengan bot nelayan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan. Hasil temubual awal dengan mangsa mendapati dia bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa kemudian berjaya diselamatkan dengan bantuan nelayan, polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan operasi menyelamat tamat sekitar jam 12.11 tengah hari tadi,” katanya.

Video mengenai kejadian itu kini viral di media sosial dan menjadi bualan netizen untuk mengetahui punca wanita itu bertindak sedemikian.

Sumber : BH Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.