fbpx
Now Reading
Facebook Mungkin Akan Dapatkan Jodoh Anda

Facebook Mungkin Akan Dapatkan Jodoh Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Platform media sosial Facebook (FB) bakal melancarkan servis untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih.

Ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna FB yang belum berpunya selain bertujuan meningkatkan jumlah masa penggunaan platform media sosial paling popular di dunia itu dalam kalangan netizen.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mendedahkan berita tersebut dalam persidangan F8 yang diadakan di Pusat Konvensyen San Jose McEnery di California, pada Selasa.

“Seramai 200 juta pengguna FB melabelkan diri mereka sebagai ‘single’. Dengan itu, saya merasakan sesuatu perlu dilakukan dalam situasi ini,” katanya seperti yang dipetik daripada laporan Reuters.

Tambah Zuckerberg, servis ini dicipta bagi melahirkan hubungan kekasih untuk jangka masa panjang, dan bukannya untuk berseronok.

“Kami telah merangka servis ini dengan tetapan privasi yang selamat. Rakan FB anda tidak akan dapat melihat profil anda,” ujarnya.

Servis yang telah direncana sejak satu dekad yang lalu dikatakan dapat menambah baik jumlah pengguna daripada golongan muda sejajar dengan teras perniagaan mereka.

Prototaip yang ditunjukkan dalam konvensyen tersebut membenarkan pengguna mencari pasangan ideal mereka dan menghantar mesej perkenalan.

Ia tidak mempunyai ciri ‘swipe’ ke kanan atau kiri seperti aplikasi dating lain, sebaliknya menawarkan ciri ‘pass’ dan ‘interested’.

Servis ini dikatakan bakal menyaingi aplikasi ‘dating’ yang lain seperti Tinder dan OKCupid.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.