fbpx
Now Reading
Kek Kahwin DiRaja Dari Tahun 70-an Akan Dilelong

Kek Kahwin DiRaja Dari Tahun 70-an Akan Dilelong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis perkahwinan gilang gemilang Putera Harry dan Meghan Markle bakal berlangsung minggu depan, bagi orang ramai yang menggemari cenderahati diraja berpeluang memilikinya pada Jun ini.

Sebuah agensi lelongan terkemuka akan menawarkan pelbagai jenis potongan kek yang diedarkan kepada tetamu ketika majlis perkahwinan diraja yang  berlangsung seawal 1973.

Potongan kek itu telah disimpan rapi dalam peti sejuk oleh si penerima dan masih dalam keadaan baik hingga kini.

Antaranya kek perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981, Putera William dan Kate Middleton (2011), selain ketika majlis Putera Andrew dan Sarah Ferguson pada 1986 dan Puteri Anne dan suami pertamanya, Kapten Mark Philips (1973).

Bagaimanapun kata pihak agensi lelongan yang akan mengendalikan acara itu pada 23 Jun, Darren Julien, kek itu tidak boleh dimakan.

Sepotong kek dari perkahwinan Charles dan Diana serta cakera padat dengan tulisan cetakan perak dan dibungkus rapi dianggarkan mencecah lelongan antara AS$800 hingga AS$1,200.

Selain itu, kek buah yang disediakan pada hari bahagia William dan Kate pula dijangka dijual antara AS$600 hingga AS$800.

Pada 2014, agensi berkenaan telah menjual sepotong kek perkahwinan William dan Kate pada harga AS$7,500.

Kata Julien, acara lelongan itu diadakan kerana percaya ramai penerimanya yang menghargai pemberian keluarga diraja hingga sanggup menyimpannya dengan baik.

Sumber : IndiaToday

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.