fbpx
Now Reading
Fakta Disebalik Dakwat PRU-14 Di Jari

Fakta Disebalik Dakwat PRU-14 Di Jari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kurang 24 jam sahaja lagi sebelum tiba hari Pilihan Raya Umum ke-14. Pasti ramai yang berdebar-debar untuk menunggu hari esok. Seperti yang kita maklum, pilihan raya kali ini adalah yang paling bersejarah.

Kesan dakwat di jari adalah tanda kita sudah melunaskan tanggungjawab sebagi rakyat Malaysia.

Memetik laporan Free Malaysia Today, dakwat kekal yang akan dicelup ke jari pengundi esok difahamkan mampu bertahan selama 20 hari.

Ramai yang tidak tahu, dakwat kekal tersebut menelan peruntukan besar hampir RM5 juta dan dihasilkan di sebuah kilang Mysore Paints and Varnish Ltd, di Karnataka, India.

Pengarang dan bekas wartawan Syahril A Kadir yang aktif berkongsi pengalaman beliau dengan ahli politik di laman Facebook, turut kongsikan tentang kilang yang menghasilkan dakwat kekal itu.

“SPR sudah tempah 100,000 botol dan kesemuanya berharga hampir RM5 juta. Aku difahamkan semuanya dah sampai pun ke Malaysia. Lepas dicalit di jari, dalam 40 saat keringlah dakwat tu,” katanya.

Kilang itu merupakan satu-satunya yang menghasilkan dakwat kekal pilihan raya untuk negara serta turut menerima tempahan dari negara lain seperti Malaysia, Kemboja, Thailand, Nigeria, Afrika Selatan dan Nepal.

Botol dakwat yang dihasilkan untuk pasaran Malaysia didatangkan dalam botol 60ml di mana 5ml dakwat boleh digunakan kepada 300 pengundi.

Dakwat kekal tersebut sudah pun berada di Malaysia. Sudahkah anda bersedia untuk menunaikan tanggungjawab 5 tahun sekali ini?

Sumber : Vitdaily, FB Syahril A Kadir

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.