Detik Yang Dinanti Kini Tiba, Tun M Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-7

Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, malam Khamis.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh selepas mendapat mandat melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu.

Dr Mahathir, 93, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencatatkan sejarah dalam negara dan untuk dirinya sendiri apabila kembali menduduki kerusi perdana menteri selepas 15 tahun meletak jawatan.

Pemimpin ini adalah perdana menteri keempat dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi pada penggal ke-14 beliau sekali lagi memegang jawatan itu bersama parti berbeza.

Pada PRU kali ini Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon BN dan PAS.

Beliau memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) yang memperoleh 5,512 undi.

Sumber : MStar

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

16 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago