fbpx
Now Reading
Tun M Kembali Untuk Malaysia

Tun M Kembali Untuk Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejarah bakal tercatat buat diri Tun Dr Mahathir Mohamad serta negara apabila diberi mandat untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri selepas 15 tahun meletak jawatan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ini akan hadir ke Istana Negara bagi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada pukul 9.30 pagi.

Pemimpin berusia 92 tahun ini adalah Perdana Menteri keempat dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober, 2003.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH memenangi 121 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan Persekutuan yang baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PKR meraih 104 kerusi, DAP (9) dan Warisan sebanyak lapan kerusi menjadikan jumlah kerusi dimenangi PH iaitu 121.

Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Beliau memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) yang memperoleh 5,512 undi.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.