fbpx
Now Reading
Perkahwinan Nazim dan Bella Berakhir

Perkahwinan Nazim dan Bella Berakhir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Nazim Othman mengejutkan peminat pada Khamis apabila mendedahkan perkahwinannya dengan Bella Dally telah pun berakhir.

Nazim atau Nushrul Alif Othman, 34, menerusi Instagram memberitahu keputusan berpisah dibuat atas persetujuan bersama.

Bagaimanapun pelakon itu tidak mendedahkan punca perceraian yang berlaku di antara mereka.

“Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir.

Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini,” tulisnya.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016.

Bagaimanapun Nazim tidak mendedahkan punca perceraian yang berlaku di antara mereka namun menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kekhilafan mereka sebagai manusia biasa.

“Sesungguhnya segala keindahan itu datang dari-Nya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa.

“Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Bella menerusi Instagram miliknya pula memberitahu perkahwinan di antara mereka tidak berhasil dan telah sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.

“Kenapa? Apa yang terjadi? Itu dalah soalan yang ditanya termasuk keluarga kepada saya.

“Untuk pendekkan cerita, perkahwinan kami tidak menjadi dan kami telah lakukan yang terbaik tetapi tidak berhasil,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.