fbpx
Now Reading
35 beg berisi hampir RM130 juta siap dikira

35 beg berisi hampir RM130 juta siap dikira

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35 beg berisi hampir RM130 juta melibatkan pelbagai mata wang yang dirampas dari Pavilion Residences, di Bukit Bintang, minggu lalu, selesai dikira.

Difahamkan, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, sudah menyelesaikan tugas mengira di ibu pejabatnya di Menara KPJ, di Jalan Tun Razak, di sini, pagi tadi.

“Proses mengira wang tunai bermula pada hari Isnin (kelmarin) sedikit rumit kerana penyiasat memerlukan masa yang panjang untuk memastikan proses dilakukan dengan teliti.

“Anggota polis dengan bantuan pegawai Bank Negara mengira sebanyak 35 beg yang mana jumlahnya adalah lebih RM120 juta,” katanya.

Terdahulu, beg duit itu adalah antara 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas dalam pemeriksaan ke atas tiga unit kondominium mewah, di sini.

Pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai JSJK Bukit Aman itu dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan polis ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, enggan mengulas lanjut mengenai jumlah wang yang diperiksa berikutan siasatan masih lagi berjalan dan hanya akan memaklumkan perkara itu dalam sidang media akan datang.

Isnin lalu, proses pengiraan 11 beg mengandungi wang tunai dijalankan oleh JSJK bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 8.30 malam, sebelum proses pengiraan 16 lagi beg berjalan semalam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.