23 Mei – Selepas Kabinet baru mengadakan mesyuarat sebentar tadi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad. Satu sidang media diadakan dan beberapa pengumuman telah diumumkan dalam sidang media tersebut.
Menurut Tun M, gaji menteri-menteri akan dipotong sebanyak 10 peratus kerana kerajaan Pakatan harapan sedar masalah kewangan yang dihadapi oleh negara ketika ini. Selain itu, Tun M juga mengatakan harga minyak tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak dunia meningkat.
Kementerian Pengangkutan juga telah mendapat persetujuan untuk membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta-merta dan segala tugas SPAD akan dikendalikan semula oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).
Menyentuh tentang GST pula, Tun M mengesahkan cukai GST akan ditamatkan segera mengikut seperti pengumuman daripada Kementerian Kewangan iaitu pada 1 Jun 2018. Bekenaal tol pula, Tun M mengatakan kerajaan akan melaksanakannya mengikut amnifesto yang telah dijanjikan Pakatan Harapan sebelum PRU14.