SPAD dibubarkan, tugas dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan – Tun M

PUTRAJAYA: Sebahagian besar daripada agensi yang diwujudkan pentadbiran kerajaan pusat sebelum ini akan dinilai semula dan dibubarkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan dibubarkan dan tugasnya dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan.

Langkah ini diambil kerana, katanya, pentadbiran beliau ingin memastikan agensi atau jabatan yang tidak relevan tidak akan membebankan kerajaan semasa.

“Badan-badan seperti Majlis Profesor Negara (MPN) akan dibubarkan.

“Selain itu, agensi seperti JASA juga akan dibubarkan,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Ditanya mengenai status projek-projek di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan masih lagi meneliti dan menilai projek-projek berkenaan.

“Kita sedang menilai projek mana yang harus ditamatkan, mana yang perlu diteruskan dan mana yang boleh ditangguhkan,” tambahnya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago