Jam Rolex Yang Dirampas di Kediaman Azeez Palsu

Beberapa jam selepas pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman, merampas wang tunai dan jam tangannya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba-tiba mendedahkan kebanyakan ‘jam tangan mewah’ yang dirampas adalah palsu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata kira-kira 14 jam tangan mewah berjenama Rolex miliknya merupakan barangan tiruan gred ‘triple’ A.

SPRM menyerbu sekurang-kurangnya tiga kediaman milik Abdul Azeez termasuk rumah di Subang, Selangor dan sebuah lagi rumah dan pejabatnya di Baling, Kedah.

Sumber berkata serbuan itu dikendalikan SPRM Putrajaya dengan dibantu pejabat agensi itu di Perlis.

Dalam serbuan itu wang tunai berjumlah RM500,000 turut dirampas selain RM400,000 mata wang pelbagai negara termasuk dolar Amerika Syarikat, pound British, euro, rupiah, rufiyaa (Maldives) dan riyal (Saudi).

Turut dirampas kira-kira 20 jam tangan dan beberapa barang kemas.

“Saya tak boleh tunjukkan sijil jam tangan itu kerana kebanyakannya adalah palsu. Saya membelinya kerana ia kelihatan cantik dan berkongsinya dengan anak lelaki saya.

“Sudah tentu, ada beberapa utas jam yang tulen. Saya bekerja selama lebih 30 tahun jadi sudah tentu saya mampu membeli beberapa utas jam tangan tulen,” kata Ahli Parlimen Baling itu.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago