fbpx
Now Reading
Hidang Daging Babi Untuk Banduan Muslim Berbuka Puasa

Hidang Daging Babi Untuk Banduan Muslim Berbuka Puasa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika di Malaysia, waktu puasa hanya 13 jam berbeza di Amerika Syarikat, dimana waktu puasa disana selama 18 jam lamanya. Namun, ianya merupakan detik hitam buat banduan Islam disana apabila mereka diberi makan daging babi untuk berbuka puasa.

Memetik laporan New Straits Times, kejadian itu berlaku di sebuah pusat tahanan di Anchorage, Alaska, Amerika Syarikat.

Council On American-Islamic Relation menfailkan tuntutan mahkamah dengan mendakwa pusat tahanan tersebut melanggar hak perlindungan dan hak kebebasan beragama.

Berikutan tuntutan tersebut yang menyalahi undang-undang, hakim persekutuan meminta agar pengawal di pusat tahanan tersebut berhenti untuk menghidang daging babi kepada banduan Muslim.

Turut dilaporkan, banduan di pusat tahanan tersebut hanya diberikan makanan sebanyak 1,100 kalori sehari, dimana ianya sangat sedikit berbanding 2,500 jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki.

Tuntutan saman juga dibuat sebagai pampasan dan ganti rugi buat banduan Islam yang teranaiya. Dah la puasa berjam-jam lamanya, lepas tu bila berbuka dihidang daging babi.

Sumber : Vitdaily

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.