fbpx

Tiga Cerita Tular Tentang Mat Sabu Palsu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mohamad Sabu menyangkal tiga berita palsu berkait dirinya termasuk tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi kerajaan pada hari pertama bekerja sebagai Menteri Pertahanan.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan bahawa beliau akan menggunakan haknya sebagai Menteri namun tidak akan menyalahgunakannya.

“Tular gambar kononnya saya mahu memandu Perodua Viva milik anak saya dan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementerian pada hari pertama bekerja.

“Saya akan menggunakan hak sebagai seorang Menteri, namun tidak akan mengambil lebih daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Yang kedua katanya, tular gambar kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berbuka puasa di rumahnya.

“Gambar itu gambar lama ketika dua tokoh negara berkenaan makan malam di rumah saya tahun lalu.

“Ketiga, tular mesej menerusi WhatsApp kononnya satu usaha ‘Tabung Kereta Baru Mat Sabu’ dilancarkan.

“Tidak ada sebarang derma yang boleh dikutip menggunakan nama saya tanpa sebarang persetujuan dan kebenaran daripada saya,” katanya.

Pada masa akan datang, Mohamad berkata, semua berita berkait dirinya hanya akan dikeluarkan menerusi akaun media sosial rasmi iaitu Facebook: Mohamad Sabu – Menteri Pertahanan Malaysia, Twitter: @MSabu_Official dan Instagram: msabu_official.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.