fbpx
Now Reading
Datuk Lee Chong Wei Salah Seorang Pengarah Syarikat Restoran Raj’s Banana Leaf?

Datuk Lee Chong Wei Salah Seorang Pengarah Syarikat Restoran Raj’s Banana Leaf?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Lee Chong Wei dikenal pasti merupakan salah seorang daripada tiga orang pengarah syarikat bagi restoran Raj’s Banana Leaf di bawah nama syarikat InterCompass Sdn. Bhd.

Hal ini dapat dipastikan setelah merujuk kepada nama syarikat yang terpampang di restoran yang telah diarahkan untuk ditutup pada hari ini oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Notis penutupan dikeluarkan dibawah Undang-undang Kecil Perlesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

Semalam, viral sebuah video di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran berkenaan mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan. Pihak pengurusan restoran berkenaan turut memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.

Baca : Cuci Pinggan Guna Air Lopak Tak Pernah Belaku Sebelum Ni

Pihak kami cuba mendapatkan respon daripada Dato’ Lee Chong Wei berhubung dengan kejadian ini.

Diharap isu ini diambil tindakan segera oleh pemilik restoran.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.