fbpx
Now Reading
Rakyat Boleh Derma Bantu Kerajaan

Rakyat Boleh Derma Bantu Kerajaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada hari ini membuat kenyataan di Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia tentang penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah ekonomi negara.

Penubuhan tabung ini adalah daripada hasrat rakyat yang secara sukarela berkongsi pendapatan kepada kerajaan.

Segala derma dan sumbangan yang disalurkan akan diuruskan secara sistematik dan telus oleh satu tabung amanah yang dikenali sebagai Tabung Harapan Malaysia (THM) dan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Malayan Banking Berhad : 56601626452.

 

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.