fbpx
Now Reading
[UPDATE] Chong Wei Tidak Terlibat Dalam Operasi Harian Restoran Raj Banana Leaf

[UPDATE] Chong Wei Tidak Terlibat Dalam Operasi Harian Restoran Raj Banana Leaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan beliau adalah pemilik bersama restoran Raj Banana Leaf di Bangsar yang ditutup kerana isu kebersihan.

Datuk Lee Chong Wei Salah Seorang Pengarah Syarikat Restoran Raj’s Banana Leaf?

Hal ini dinyatakan di dalam sebuah kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Raj’s Banana Leaf.

“Datuk Wira Lee Chong Wei sebelum ini merupakan pengarah bagi syarikat namun telah meletakkan jawatannya sebelum kejadian tersebut berlaku, dan dia tidak terlibat dengan operasi harian restoran kami”

Walau bagaimanapun, menerusi pencarian syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendedahkan Chong Wei sebagai salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki restoran, InterCompass Sdn Bhd.

Restoran itu mengejutkan ribuan pengguna media sosial selepas klip video 30 saat menunjukkan tiga pekerjanya yang duduk di belakang restoran, menggosok dan membasuh pinggan dengan lopak air yang ada di dalam sebuah lubang di sebelah longkang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.