fbpx
Now Reading
Musa Aman Berada Di London?

Musa Aman Berada Di London?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya teka-teki mengenai kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dilihat bakal terjawab apabila video seorang lelaki mirip dirinya dikesan di stesen kereta api St Pancras, London, tular di laman Facebook beberapa jam lepas.

Video tersebut dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Az Eem, dengan tajuk “Bekas Menteri Besar Sabah Ditemui Di St. Pancras, London. Rafizi Ramli INVOKE Malaysia”

Namun, tidak dapat dipastikan bahawa lelaki bertopi dan berjaket merah berdiri bersama troli bagasi itu adalah Musa atau tidak.

Menurut beberapa pegawai Musa, video itu berkemungkinan video lama yang disebarkan dan Musa masih lagi tidak ditemui sehingga kini walaupun beberapa kali telah membuat kenyataan menerusi peguamnya.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencari Musa berhubung siasatan rasuah yang dilaporkan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, kepada pihak polis.

Pihak polis mahu mendapatkan keterangan daripada Musa tetapi gagal berikutan dia tidak dapat dikesan sejak 26 Mei lalu selepas membuat kenyataan terakhir menerusi peguamnya. Malah, Jabatan Imigresen juga tidak mempunyai rekod Musa ke luar negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.