fbpx
Now Reading
Tabung Harapan terima RM1 juta lagi

Tabung Harapan terima RM1 juta lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

IPOH – Tabung Harapan Malaysia, hari ini menerima sumbangan RM1 juta daripada dua syarikat pengeluar jenama produk terkenal dari Perak.

Spritzer Bhd yang beribu pejabat di Taiping dan Yee Lee Corporation di Ipoh masing-masing menyumbang RM500,000.

Wang derma berkenaan disampaikan wakil syarikat masing-masing kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming di Wisma DAP.

Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Spritzer Bhd, Dr Chuah Chaw Teo berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila dapat diberikan peluang menyumbang kepada negara.

“Kita harap peranan kecil yang dimainkan ini menjadi motivasi kepada pihak lain.

“Usaha kerajaan melalui penubuhan tabung ini perlu disokong bagi memastikan masa depan negara yang lebih baik,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sumbangan RM1 juta ini adalah yang terbesar dari Perak diterima setakat ini.

Katanya, dengan sumbangan itu, pihaknya  menggalakkan lebih banyak syarikat besar tampil melakukan perkara sama.

“Bukan jumlah yang menjadi ukuran, tapi keikhlasan kita dalam menunjukkan rasa sayang kepada negara.

“Sebelum ini, Spritzer dan Yee Lee sendiri tidak pernah pun menerima apa-apa keistimewaan daripada kerajaan, mereka lakukan (derma) dengan sukarela tanpa sebarang paksaan,” katanya.

Spritzer merupakan jenama pengeluar air mineral sementara Yee Lee Corporation adalah syarikat tersenarai awam yang terlibat dalam kebanyakannya produk pengguna antaranya, minyak masak dan berus gigi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.