Now Reading
Jamal dan Musa Akan Ditangkap Dalam Masa Terdekat

Jamal dan Musa Akan Ditangkap Dalam Masa Terdekat

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos akan ditangkap selepas beberapa proses melibatkan pihak keselamatan luar negara selesai.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seperti di dalam isu Jamal, PDRM akan bekerjasama dengan Polis Indonesia selepas beliau dikatakan melarikan diri ke negara republik itu.

“Kalau boleh hari ini juga hendak tangkap tetapi soal proses dan prosedur mesti ada. Polis kita ada maklum pihak berkuasa Indonesia dan minta beri kerjasama.

“Saya berharap mereka akan berikan kerjasama dengan kita untuk pastikan pihak yang disebutkan itu dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam semasa sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.

Musa dan Jamal sebelum ini dipercayai telah lari ke luar negara tanpa mengikut saluran yang sah.

Musa kini diperlukan pihak berkuasa berhubung laporan polis yang dibuat Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini juga mengesahkan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Jamal kerana gagal muncul walaupun diberi masa yang mencukupi untuk menyerah diri dan bekerjasama dengan penyiasatan terhadapnya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengesahkan tiada sebarang rekod yang menunjukkan kedua-dua individu itu telah keluar dari negara ini dan mereka juga telah disenarai hitam.

Mustafar berkata, perbuatan tersebut menyalahi Seksyen 2 Akta Pasport 1966 dan Seksyen 5 Akta Imigresen 1959 dan 1963 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama lima tahun.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.