fbpx
Now Reading
Rosmah Diminta Hadir ke SPRM Esok

Rosmah Diminta Hadir ke SPRM Esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

ISTERI bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 pagi esok bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM akan mengambil dan merakam keterangan Rosmah berhubung perkara berkenaan.

“Ya, notis sudah diberikan kepada Rosmah dan beliau perlu hadir pada esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes ini (SRC International),” katanya kepada Bernama.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.