Lima Jam Rosmah di Ibu Pejabat SPRM

Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lima jam berada di situ pada Selasa.

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu meninggalkan ibu pejabat pada pukul 3.40 petang dan tidak bercakap dengan media.

Bagaimanapun, peguamnya Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent memberitahu pemberita siasatan berhubung dengan isu SRC International Sdn Bhd selama tiga jam.

“SPRM telah selesai mengambil kenyataan daripada pelanggan kami.

“Beliau memberikan kerjasama dan pegawai menjalankan tugas mereka secara profesional,” kata Kumaraendran.

Peguam Rosmah enggan menjawab soalan dari media.

Terdahulu, Rosmah tiba di SPRM pada pukul 10.45 pagi.

Beliau ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa Mohd Najib serta menantu Daniyar Kessikbayev dan dua orang peguamnya.

Sebelum ini, Najib turut disoal siasat berkaitan dengan SRC International dua minggu lalu.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kemudiannya diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012.

Najib setakat ini telah dipanggil memberi kenyataan sebanyak tiga kali oleh SPRM berkaitan isu SRC International.

Pada 5 Disember 2015, SPRM mengambil kenyataan daripada Najib mengenai siasatannya ke SRC dan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Beliau diminta hadir sekali lagi  pada 22 Mei dengan mengambil masa lima jam menakal kali terakhir pada 24 Mei lalu.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

30 mins ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

41 mins ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

1 hour ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

2 hours ago