fbpx
Now Reading
Rosmah Hadir ke Ibu Pejabat SPRM Hari Ini

Rosmah Hadir ke Ibu Pejabat SPRM Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada kira-kira pukul 10.43 pagi Selasa bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.

Rosmah meninggalkan kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Mercedes pada pukul 10.15 pagi.

Kelihatan Rosmah berbaju kurung biru dan selendang merah serta membawa beg tangan merah bagi merakamkan keterangannya berhubung kes berkenaan.

Jumaat lalu, SPRM menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada isteri bekas Perdana Menteri itu bagi membantu siasatan berkaitan SRC International.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Bulan lalu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan siasatan kes yang sama.

Najib memberi keterangan sebanyak dua kali, pada 21 dan 24 Mei masing-masing mengambil masa lebih lima dan enam jam.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.