Now Reading
Agong berkenaan gaji, emolumen dipotong 10 peratus

Agong berkenaan gaji, emolumen dipotong 10 peratus

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan untuk memotong gaji dan emolumennya sebanyak 10 peratus sebagai tanda prihatin ke atas tahap hutang dan ekonomi negara.

Satu kenyataan dikeluarkan pejabat pengelola Istana Negara hari ini menyebut, pengurangan itu akan berkuatkuasa sepanjang tempoh pemerintahan baginda sehingga tahun 2021.

“Langkah pengurangan itu juga sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada Tabung Harapan,” kata Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu juga, Istana Negara tidak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini, kata Wan Ahmad Dahlan.

See Also

Peruntukan untuk majlis tersebut sebaliknya akan disalurkan kepada fakir miskin, tambahnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.