fbpx
Now Reading
Sarawak keluar BN, cari jalan baru dengan GPS

Sarawak keluar BN, cari jalan baru dengan GPS

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

KERAJAAN negeri Sarawak sebulat suara keluar Barisan Nasional dan kini berdiri sebagai sebuah pakatan parti politik tempatan yang baru, diberi nama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Keputusan sebulat suara empat parti itu –  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) – diumumkan selepas satu mesyuarat di Kuching, hari ini.

Keputusan itu diambil selepas perkembangan politik Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sebulan yang lalu, kata empat parti itu dalam satu kenyataan bersama.

“GPS akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk kepentingan nasional serta hak dan kepentingan negeri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Persekutuan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata GPS tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya hanya mengikrarkan sokongan kepada kerajaan di Parlimen.

“Mereka bukan bahagian daripada PH tetapi mengikrarkan sokongan (kepada kerajaan). Jadi sekarang kita ada sokongan yang kuat di Parlimen, malah Terengganu juga mengikrar sokongan kepada PH,” katanya dalam sidang media di Tokyo.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar minggu lalu mengunjungi perdana menteri di Putrajaya, bersama-sama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan penasihat parti Islam itu, Mustafa Ali. – 12 Jun, 2018.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.