fbpx
Now Reading
“Tak Kira Siapa Pun Anda, Tolong Doakan Suami Saya” – Isteri Angah Raja Lawak

“Tak Kira Siapa Pun Anda, Tolong Doakan Suami Saya” – Isteri Angah Raja Lawak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri kepada penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak, Amira Asyura Abd Razak, memohon orang ramai semoga mendoakan kesihatan suaminya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Amira berkongsi gambar Angah yang sedang mendapatkan rawatan dengan memakai ‘nebulizer’.

“Assalamualaikum sahabat dan followers, dia orang yang baik, walaupun orang buat macam mana sekalipun Lillahitaala suami saya orang yang baik hati budinya.

“Mungkin kadang ramai yang tak memahami dia, mahupun hanya sekadar mengenali dia atas namanya sahaja.

“Tak kira siapa pun anda semua, tolong doakan semoga suami saya diberi kesihatan seperti sediakala.

“Semoga Allah membalas doa anda semua dengan pengampunan dosa dan bahagia dunia akhirat. Amin,” tulisnya.

Rata-rata yang terkejut dengan gambar yang dikongsikan mendoakan agar Angah cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik memandangkan lagi beberapa hari menjelang Aidilfitri.

Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.